APPÄRATUS - Löst Demo [Shogun Records, 2013]


Stuff yang gua nak rebiu ni adalah Löst Demo 7" EP keluaran Shogun Records dari France. Sebelum tu APPÄRATUS pernah rilis sendiri dalam bentuk tape limited 200 copies dan tak silap Doombringer Records (Indonesia) juga akan keluarkan material ni juga dalam format kaset 100 copies. Löst Demo 7" ada 4 buah lagu, 2 lagu setiap side; dengan durasi keseluruhan lebihkurang 9 minit. XIII years of manic alcoholic Speed! - Löst Demo eksklusif meraikan ulangtahun 13 tahun APPÄRATUS. Sepertimana Hardcore Religion! LP/CD, Löst Demo mengekalkan d-beat berpengaruhkan Scandinavia, atau tepatnya inspirasi Sweden. Rakaman kali ini agak raw, sedikit kedengaran MOTORHEAD, keseluruhannya meledak seumpama DISCHARGE. Gua memang respek dengan band ni, kebanggaan scene d-beat / crust / hardcore tempatan!!


Self-recorded, re-mastered by Dan Randall (Mammoth Sound Mastering - USA). 500 copies. Comes with printed insert. Released on 23 May 2013. SHOGUN 61.


7/10 (Asid)

APPÄRATUS - Hardcore Religion! [Totalmangel Records, 2010]


APPÄRATUS "Hardcore Religion!" yang ini adalah versi CD dikeluarkan pada 2010 oleh label tempatan Totalmangel Records. Sebelum tu album ni dikeluarkan dalam format LP vinyl oleh Shogun Records (France) pada tahun 2009. Terdapat 12 buah lagu, termasuk cover band DISARM dinyanyikan sendiri vokalis asal Honsa. APPÄRATUS memang satu nama yang cukup kuat dalam scene hardcore / crust / d-beat bukan saja kat negara sendiri Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa. Buktinya tahun lalu 2013 mereka mengadakan Euro-Tour, hebat!! Muzik APPÄRATUS dalam "Hardcore Religion!" memang old-skool 80an raw, scandi-hardcorepunk di dalam arus Swedish/Finnish HC. Sound yang berat dan padat! Olahan setiap lagu memang gila menarik dan energetik. APPÄRATUS layak berada pada tahap melebihi pencapaian mereka sekarang!! Kontakt: totalmangel@gmail.com


Recorded, mixed and engineered @ ISM Studio, Kuala Lumpur, Malaysia in 2007. Voice on track 3 recorded at DFK Studio. Pressed 1000 copies. Released March 2010. Co-release of Totalmangel Records (TM004) and Disarmament Records (DIS018).


8/10 (Asid)

THE BOLLOCKS - Revolution [Asas Record, 1997]


Pada 1996, THE BOLLOCKS ada mengeluarkan piring hitam 7" EP bertajuk "My Friend" melalui Tian An Men 89 Records (France). Kemudian, tahun 1997 mereka keluarkan pula tape "Revolution" di bawah label tempatan Asas Record. THE BOLLOCKS memang tidak dinafikan cukup menggila dan berpengaruh, hingga mencetuskan fenomena Chaos KP di Kuala Pilah dan Negeri Sembilan khususnya. "Revolution" dimuatkan dengan 7 buah lagu, diprogramkan sama pada kedua-dua Side A dan Side B. Muzik mereka Punk Rock Jalanan yang hebat dan mengagumkan! Rawk, metallic, bertenaga penyampaian mereka! Lagu pertama Viva La Punk sahaja sudah cukup menggamatkan. Lagu-lagu seperti Unity, Justice dan Revolution adalah contoh terbaik untuk gua turut sama sing-a-long (bernyanyi bersama). Sekali dengar, ingin berkali-kali mendengar langsung membuatkan gua ketagihan untuk terus dan terus mendengar "Revolution". Let's pogo!! (Tambahan: Khabarnya tape ini telah diulangcetak atau dikeluarkan semula oleh Basement Records)


Original released: Asas Record/Distro (A 001) 1997 - Tracklist: 1. Viva La Punk / 2. Politicians / 3. Piece Of Nothing / 4. Unity / 5. Justice / 6. Revolution / 7. Blow Your Head / 8. Malapetaka - Pay No More Than RM3.

http://www.facebook.com/pages/The-Bollocks/110977015614434
http://basementrecordz.bandcamp.com/track/viva-la-punk

8/10 (Asid)