THE BOLLOCKS - Revolution [Asas Record, 1997]


Pada 1996, THE BOLLOCKS ada mengeluarkan piring hitam 7" EP bertajuk "My Friend" melalui Tian An Men 89 Records (France). Kemudian, tahun 1997 mereka keluarkan pula tape "Revolution" di bawah label tempatan Asas Record. THE BOLLOCKS memang tidak dinafikan cukup menggila dan berpengaruh, hingga mencetuskan fenomena Chaos KP di Kuala Pilah dan Negeri Sembilan khususnya. "Revolution" dimuatkan dengan 7 buah lagu, diprogramkan sama pada kedua-dua Side A dan Side B. Muzik mereka Punk Rock Jalanan yang hebat dan mengagumkan! Rawk, metallic, bertenaga penyampaian mereka! Lagu pertama Viva La Punk sahaja sudah cukup menggamatkan. Lagu-lagu seperti Unity, Justice dan Revolution adalah contoh terbaik untuk gua turut sama sing-a-long (bernyanyi bersama). Sekali dengar, ingin berkali-kali mendengar langsung membuatkan gua ketagihan untuk terus dan terus mendengar "Revolution". Let's pogo!! (Tambahan: Khabarnya tape ini telah diulangcetak atau dikeluarkan semula oleh Basement Records)


Original released: Asas Record/Distro (A 001) 1997 - Tracklist: 1. Viva La Punk / 2. Politicians / 3. Piece Of Nothing / 4. Unity / 5. Justice / 6. Revolution / 7. Blow Your Head / 8. Malapetaka - Pay No More Than RM3.

http://www.facebook.com/pages/The-Bollocks/110977015614434
http://basementrecordz.bandcamp.com/track/viva-la-punk

8/10 (Asid)